PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini melepaskan dan membebaskan tiga sahabat termasuk seorang wanita daripada pertuduhan membunuh seorang lelaki yang mayatnya sehingga kini tidak dijumpai.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan akhir Mohd Zulhiami Md Darus, 37, Siti Nor Asiah Abdul Wahab, 32, dan Muhammad Rahmat Nazarudin, 29, untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 24 Okt 2019, yang menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka.
Tengku Maimun dalam penghakiman ringkasnya berkata peguam-peguam perayu telah menimbulkan beberapa isu dan mahkamah ini mendapati isu utama yang dibangkitkan adalah sama ada perayu-perayu dinafikan hak untuk mendapat perbicaraan yang adil.
"Setelah mendengar hujah peguam perayu-perayu dan pendakwa raya serta meneliti alasan penghakiman dan rekod rayuan, kami berpuas hati bahawa keseluruhan perbicaraan berlangsung dengan cara yang tidak menepati undang-undang. Hal ini memprejudiskan perayu-perayu dan mengakibatkan sabitan terhadap mereka tidak selamat.
"Oleh itu, kami membenarkan rayuan ketiga-tiga perayu. Perintah oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang disahkan oleh Mahkamah Rayuan diketepikan dan ketiga-tiga perayu dilepas dan dibebaskan (daripada pertuduhan)," kata Hakim Tengku Maimun yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Datuk Abu Bakar Jais.
Selepas mahkamah memberikan keputusan, Mohd Zulhiami dan Muhammad Rahmat dilihat berpelukan manakala Siti Nor Asiah yang terkejut dengan keputusan itu mengalirkan air mata.
Tiga sahabat itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 April 2022 yang mengekalkan sabitan dan hukuman gantung yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 24 Okt 2019.
Pada asalnya, Mohd Zulhiami dan Siti Nor Asiah didakwa bersubahat bersama Muhammad Rahmat membunuh Mohammad Fairul Haqiemie, yang ketika kejadian berusia 21 tahun di sebuah pangsapuri di Jalan Dato Yusof Shahbudin 3 Taman Sentosa Klang antara 12.30 tengah malam dan 1 pagi pada 29 Ogos 2016, mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan.
Muhammad Rahmat pula didakwa membunuh Mohammad Fairul Haqiemie pada pukul 4 pagi, di lokasi dan hari sama, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, pertuduhan itu dipinda di akhir kes pendakwaan dengan waktu kejadian bagi pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh adalah pada 4 pagi dan tarikh ditukar kepada 30 Ogos 2016.
Terdahulu, peguam Kitson Foong, mewakili Mohd Zulhiami berhujah bahawa pihaknya hanya mengetahui mengenai pindaan tarikh dan waktu kejadian selepas meneliti rekod rayuan.
"Pindaan itu dibuat oleh hakim bicara Mahkamah Tinggi selepas membenarkan permohonan pendakwaan tanpa sebarang pemberitahuan. Pihak peguam tidak dimaklumkan terdapat pindaan dan ketiga-tiga tertuduh juga tidak tahu mengenai perkara itu.
"Jika pindaan dibuat, pertuduhan sepatutnya dibacakan semula kepada anak guam dan pengakuan perlu direkodkan selain mereka boleh memanggil saksi untuk pembelaan," katanya.
Peguam Datuk Geethan Ram Vincent, mewakili Siti Nor Asiah, yang mengguna pakai hujahan Foong berkata hakim bicara (Mahkamah Tinggi) telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal mempertimbangkan bahawa saksi utama pendakwaan, Zairul Noraidi Shahidin adalah rakan sejenayah dan perkara itu turut diakui oleh peguam Fahri Azzat yang mewakili Muhammad Rahmat.
Timbalan Pendakwa Raya Parvin Hameedah Mohd Khaja dan Aida Khairuleen Azli mewakili pendakwaan selaku responden.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023
Mahkamah membebaskan Siti Nor Asiah, Mohd Zulhiami dan Muhammad Rahmat daripada tuduhan membunuh seorang lelaki yang mayatnya masih tidak dijumpai, sehingga kini. - Gambar/ Sinar Harian
25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin
Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu dibuat selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.
Majikan, pekerja perlu serius pindaan AKKP berkuat kuasa hari ini
Majikan dan pekerja diingat mengambil serius dengan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2022 yang berkuat kuasa hari ini.
Skuad Inspektor 1964 rai ulang tahun ke-60 di Pulapol
Skuad Inspektor 1/1964 hari ini meraikan ulang tahun ke-60 dengan melawat lokasi permulaan kerjaya mereka sebelum bergelar pegawai polis.
Fokus Minggu Depan: Pasca keputusan SPM – Kelebihan menerokai teknologi baharu dan kecerdasan buatan
Demonstrasi di depan kedutaan AS di Jakarta nyatakan sokongan untuk Palestin
Ribuan individu berkumpul di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta Pusat menuntut keadilan dan tindakan sokongan untuk Palestin.
Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun
Video tular memperlihatkan keadaan bangunan ibu pejabat itu dipenuhi semak-samun dengan sampah dan air bertakung di beberapa tempat.
Bojan Hodak julang gelaran juara liga di tiga negara berbeza
Pada musim lepas, Hodak berjaya membawa pasukan Kuala Lumpur City melangkah ke tiga perlawanan akhir.
Rexy bimbang dengan prestasi semasa Aaron-Wooi Yik
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berasa bimbang dengan aksi goyah Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika ini.
Misi PBB di Iraq ditamatkan selepas lebih 20 tahun
Misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Iraq akan ditamatkan pada penghujung 2025 selepas dipersetujui oleh Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Jumaat.
ISWC 2024: Tingkatkan kesedaran persaraan rakyat di sebalik tekanan kewangan
Perancangan persaraan perlu dimulakan sebaik sahaja seseorang mula bekerja untuk mendapat kesan penggandaan dividen yang optimum.
Tiga lelaki dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan miliki, edar dadah
Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan tiga lelaki daripada pertuduhan memiliki dan mengedar dadah, tiga tahun lepas.
Isa Samad bebas kerana suapan tidak disokong bukti - Hakim
Tan Sri Mohd Isa Samad dilepas dan dibebaskan daripada sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta kerana bayaran pertuduhan suapan itu tidak disokong bukti yang boleh dipercayai.
Rayuan Ahmad Zahid bebas rasuah VLN Mac tahun depan
Prosiding rayuan keputusan membebaskan Ahmad Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem VLN akan didengar di Mahkamah Rayuan pada Mac tahun depan.
Tidak dapat perbicaraan adil, tiga sahabat dilepas, dibebas daripada tuduhan bunuh
Mahkamah Persekutuan hari ini melepaskan dan membebaskan tiga sahabat termasuk seorang wanita daripada pertuduhan membunuh seorang lelaki yang mayatnya sehingga kini tidak dijumpai.
Lima rakan termasuk seorang wanita bebas tuduhan edar, miliki dadah
Empat lelaki dan seorang wanita dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengedar dan memiliki dadah oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh hari ini.
Kartel daging: Syarikat LY Frozen, pengurus stor, akauntan dilepas, bebas ubah wang haram
Syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, pengurus stor dan akauntannya, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM12 juta.
Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram
Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Azeez dan tidak membantah terhadap permohonan pelepasan dan pembebasan beliau hari ini.
PKR hormat keputusan mahkamah lepas, bebas Zahid Hamidi - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu bagaimanapun bukan pengakhiran pendakwaan kerana masih terdapat ruang untuk rayuan di mahkamah lebih tinggi.